Tiga lelaki direman bagi membantu siasatan kes merompak dan mencederakan seorang wanita warga emas di Nilam Puri, Kota Bharu pada Sabtu lalu. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
- Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
- 4 November 2025, 12:26 pm
KOTA BHARU – Tiga lelaki yang dipercayai merompak beg duit dan mencederakan seorang wanita warga emas selepas membeli ikan di Nilam Puri di sini sehingga rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular pada Sabtu lalu direman tujuh hari.
Perintah reman yang bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid terhadap ketiga-tiga lelaki berusia 18, 20 dan 36 tahun.
Tahanan reman ketiga-tiga suspek itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasayan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Terdahulu, tular di media sosial rakaman CCTV memaparkan seorang wanita warga emas keluar dari sebuah premis selepas membeli ikan di Nilam Puri di sini.
Wanita itu kemudian berdiri di tepi jalan sebelum salah seorang daripada dua lelaki merompak beg duit miliknya.
Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal dan merempuh wanita itu sehingga terjatuh di atas jalan. – KOSMO! ONLINE

11 hours ago
4

![[VIDEO] Hebat Bezza, jadi pilihan polis Papua New Guinea](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-04-at-21.02.41.jpeg)
















![[VIDEO] Berpeluh dalam komuter 40 minit](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2025-11-04T141912.331.png)






























