Tiga melecur, seorang parah dapur meletup

2 months ago 59
  • Oleh CHERINE JON
  • 2 Disember 2024, 4:14 pm
Pasukan bomba melakukan memeriksa dapur tempat pembakaran kayu untuk mendapatkan haba yang meletup di sebuah kilang di Miri, menyebabkan empat orang pekerja melecur dengan seorang daripadanya parah.

MIRI – Empat pekerja lelaki melecur, dengan seorang daripada mereka parah dalam letupan dapur tempat pembakaran kayu di sebuah kilang di sini pagi ini, ketika mereka sedang melakukan kerja kimpalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mereka terdiri daripada dua warga tempatan dan dua lagi warga Indonesia dan China berusia antara 24 hingga 57 tahun.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.42 pagi tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi yang terletak 11 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran terkawal dan tidak melibatkan struktur. Kesemua mangsa dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |