PETALING JAYA – Penyanyi Syamel bersedia mencipta detik istimewa bersama peminatnya melalui persembahan sulung diberi nama Pertama — A New Journey Together With Me, Syamel.
Acara yang sarat dengan kehangatan dan keintiman ini akan berlangsung pada Sabtu, 22 November 2025, bertempat di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E.
Menurut Syamel, konsert itu bakal mencipta detik-detik indah yang akan kekal dalam ingatan, sebuah perjalanan muzik yang intim dan penuh makna bersama peminat setianya.
“Jom kita cipta momen baru bersama di Pertama — permulaan perjalanan baru saya, dan sesi istimewa yang sangat intimate bersama peminat, terutamanya Syamelovers.
“Sokongan anda adalah tenaga di sebalik setiap langkah saya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada cerita ini,” katanya.
Pertama bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah pengalaman eksklusif yang membolehkan peminat menyelami dunia Syamel secara lebih dekat, termasuk Sneak peek projek terbaharu yang bakal menambah warna dalam perjalanan seninya.
Turut bakal berlangsung adalah sesi live Q&A, peluang untuk bertanya dan berinteraksi secara langsung dengan Syamel selain jualan merchandise eksklusif, kenang-kenangan yang melambangkan ikatan istimewa antara artis dan peminat
Harga tiket untuk acara ini ialah RM148 (tidak termasuk yuran tiket RM4).
Jualan tiket sudah mula dibuka pada Isnin, 3 November 2025, pukul 12 tengah hari dan boleh diperoleh melalui platform ONETIX.
Acara ini dianjurkan oleh SAH Entertainment, dengan kerjasama Universal Music Malaysia, menandakan satu langkah baharu dalam evolusi seni Syamel, di mana setiap nada dan lirik mengajak peminat merasai detik penuh emosi dan kenangan yang tak terlupakan.
Untuk maklumat lanjut dan kemaskini, ikuti @sahentertainment.my dan @universalmusic_my di media sosial.

3 hours ago
2

















![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)































