
- Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
- 22 Julai 2025, 6:52 pm
SHAH ALAM – Jawatankuasa Pengelola (Induk) Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 memutuskan temasya tersebut berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos tahun depan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tarikh tersebut dipilih setelah mengambil kira beberapa temasya sukan dunia yang berlangsung pada tahun sama.
“Manakala Para Sukma 2026 akan berlangsung pada 5 hingga 14 September. Venue pembukaan dan penutup temasya Para kami akan umumkan pada September ini.
“Kami turut memuktamadkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai venue penutup bagi Sukma,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di di sini, hari ini.
Amirudin turut memaklumkan semua daerah di Selangor akan menganjurkan 28 sukan wajib selain lima sukan tambahan yang akan diumumkan Majlis Tertinggi Sukma pada awal bulan depan. – KOSMO! ONLINE.