PETALING JAYA – Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Laos 4-1 dalam aksi pertama Kumpulan B temasya Sukan SEA 2025 di Stadium Rajamangala, Bangkok, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad muda Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain turun beraksi tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang tidak dilepaskan kelab seperti Fergus Tierney dan Ubaidullah Shamsul.
Pasukan negara memulakan aksi dengan Langkah kiri apabila dibocori seawal minit keempat menerusi serangan balas pantas yang disudahkan oleh Bounphaeng Xaysombath.
Tersentak dengan gol tersebut, skuad B-23 negara cuba untuk menyerap tekanan sebelum berjaya meraih gol pembukaan hasil penyudah bijak Haykal Danish pada minit ke-33.
Bersambung pada babak kedua, skuad negara terus mengganas dengan penyerang KL City, Haqimi Azim mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-59.
Haqimi Azim (kiri) meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Laos, sebentar tadi.Momentum cemerlang diteruskan dengan kini giliran Moses Raj melebarkan kelebihan pasukan apabila menanduk masuk gol menerusi situasi sepakan sudut.
Muhammad Abu Khalil yang juga pemain Selangor FC melengkapkan kemenangan cemerlang skuad negara dengan gol keempat sebelum wisel penamat ditiupkan.
Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia bakal membuat perhitungan ‘hidup mati’ bertemu Vietnam dan hanya memerlukan seri untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
Temasya dwitahunan berprestij Asia Tenggara ini boleh dianggap sebagai ‘talian hayat’ terakhir Nafuzi selepas dikritik hebat gagal menjelmakan kejayaan sejak dilantik menjadi pengendali skuad B-23 pada awal tahun ini.

20 hours ago
6










![[VIDEO] Sanggup berhujan bersih longkang elak tersumbat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/LONGKANG-TERSUMBAT-RIDER.jpeg)






![[VIDEO] Dua video mirip Ketua Pengarah AKPS disahkan palsu](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/Ketua-Pengarah-AKPS.jpeg)































