Sudahlah buat perangai bangang, jangan fikir nak duit cepat je – Jojo

15 hours ago 5

PETALING JAYA – “Sudah-sudahla memalukan sukan ni pak cik.”

Itu antara teguran jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali terhadap Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi berkenaan satu klip video yang memaparkan ‘pergaduhan’ antara petarung Malaysia dan Indonesia.

Melalui klip video tersebut, kelihatan Azmi bersikap kasar dan melalukan provokasi ke atas petarung dari Indonesia yang dikenali sebagai Yunus Martin. Difahamkan video tular itu adalah sebahagian daripada ‘content’ untuk kejohanan Warzone World Championship (WWC) International Influencer Super Lightweight Champion yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan.

Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, teguran itu bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar dengan orang lebih dewasa.

“Tapi kalau orang tua perangai macam budak sapa nak hormat. Jojo, family (keluarga) Jojo and ramai lagi orang orang dalam komuniti combat sports (sukan tempur) ada dalam bidang ni lama sebelum pakcik (Yusof Azmi) datang.

“Kita naikkan Muay Thai dari 0 (tiada apa-apa), pakcik datang bila dah hype (terkenal) pastu buat perangai bangang, sapa tak marah pakcik,”luah Jojo.

Menurut anak jati Sarawak itu lagi, klip video tersebut juga adalah ‘gimik’ sampah dan penonton tahu menilai kandungan tersebut.

“Pakcik ni terpaling alim, tapi pakcik tak rasa budak budak yang tengok video macam ini takkan terpengaruh ke, lagi lagi dengan kes-kes yang berlaku kat Malaysia sekarang ni.

“Add to the solution not the problem (Jadilah sebahagian daripada penyelesaian, bukan punca masalah). See the bigger picture (lihatlah gambaran yang lebih besar) la pakcik, jangan fikir nak duit cepat je,”nasihat Jojo.

Sementara itu, Yusuf Azmi menerusi satu klip video balas terhadap menerima baik teguran jaguh Muay Thai tersebut dan langsung tidak terasa hati dengan petarung itu.

“Tak mungkinlah kita nak terasa pasal anak saya yang sulung pun dah umur atas daripada dia. Jadi, saya tak ada rasa apa-apalah sebenarnya dan saya sentiasa support (sokong) dialah untuk apa saya nak terasa.

“Mungkin perbezaan fikiran dia, sikap dia, semua berbeza. Saya faham sebab Jojo perlukan perhatian juga sebab dia antara ‘fighter’ Malaysia untuk One Championship.

“Jadi, apa pun, kita ok je dengan Jojo. Jadi, saya rasa kepada rakyat Malaysia, tak payah kecam dia (Jojo), jangan marah, marah dia,”balas Yusuf Azmi.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |