‘Suami patah balik ambil susu anak, dan pulang sebagai jenazah’

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Semua keperluan anak, barang-barang, sabun, bahan masakan, semua awak tinggalkan cukup lengkap. Awak tinggalkan saya dan anak dengan baik. Awak suami yang sangat bertanggungjawab. Dengan nama Allah, suami saya seorang yang baik”.

Itu luahan seorang wanita yang kehilangan suaminya, kelmarin selepas terbabit dalam kemalangan semasa pulang dari tempat kerja.

Lebih menyentuh hati, wanita yang menggunakan profil @Whymas_ di media sosial itu berkata, arwah juga sudah merancang sambutan hari lahir istimewa buat dirinya di Terengganu pada hujung bulan ini.

“Suami saya dah tempah hotel untuk kejutan hari lahir saya di Terengganu pada hujung bulan ni. Awak meninggal pun pada bulan hari jadi saya.

“Dan awak dah tempah kambing tiga ekor untuk akikah anak kita bulan Januari tahun depan,” katanya.

Selain itu kongsi wanita itu memaklumkan, turut mendapati semua maklumat penting termasuk kata laluan dan butiran akaun dicatatkan di telefon bimbit Allahyarham.

“Saya ‘check’ telefon awak sayangku. Awak tulis nota semua perincian pas peribadi awak. Masa tarikh ni juga awak cakap nak letak KWSP penama anak dan saya.

“Dan awak tak habis habis bercerita tentang, ‘Kalau saya tak ada’,” ujarnya.

Wanita itu turut berkongsi kisah yang berlaku di antara dia dan suami pada hari kejadian.

“Setiap kali suami pergi kerja kebiasaanya saya akan pakaikan stoking suami dan siapkannya. Tapi masa tu penat balik klinik lambat, saya tak pakaikan pun stoking dan siapkan suami.

“Masa suami nak buka pintu, suami patah balik cium saya dan anak. Suami cakap ‘Sayang ibu, sayang Harraz’. Hari tu juga suami pergi patah balik ambil susu anak dan pulang sebagai jenazah.

“Rupanya baju unifrom awak penuh dengan tumpahan susu anak. Nampak tak yang melekat tu. Tu peket susu anak yang melekat kat sweater suami saya,” kongsinya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang wanita tidak menyangka permintaan suaminya yang mahu menikmati hidangan sotong goreng kunyit menjadi petanda lelaki itu akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut perkongsian di aplikasi Thread, wanita itu memaklumkan suaminya ada meminta supaya menyediakan lauk sotong goreng kunyit untuk hidangan makan malam.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak sempat menjamah hidangan kerana terbabit dalam kemalangan semasa pulang dari tempat kerja. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |