KUALA LUMPUR – Sindiket penyelewengan bahan api bersubsidi dikesan menggunakan individu tertentu sebagai ‘ejen’ bagi mengaburi pihak berkuasa dalam kegiatan pembelian diesel di sekitar ibu negara.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kuala Lumpur, Mohd. Sabri Seman berkata, ejen terbabit dipercayai menggunakan kenderaan lain bagi menguruskan pembelian bahan api dan berada di hadapan lori untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan.
Menurut beliau, sehingga kini pihaknya belum mengesan sebarang modus operandi baharu selain taktik penggunaan ejen tersebut.
“Tiada modus operandi baharu. Setakat ini kita kesan mereka menggunakan ejen.
“Kita buat rondaan mengejut dan niat kita ialah memastikan tiada sebarang penyelewengan subsidi berlaku. Subsidi ini perlu sampai kepada golongan sepatutnya,” katanya selepas mengetuai skuad rondaan bermotosikal KPDN Kuala Lumpur di sini, malam tadi.
Dalam operasi bermula kira-kira pukul 11.30 malam itu, Mohd. Sabri bersama pegawai dan anggota penguat kuasa melaksanakan rondaan bermotosikal secara berpakaian preman di beberapa stesen minyak sekitar ibu negara.
Aktiviti rondaan yang bergerak selama 24 jam itu merupakan antara pendekatan di bawah Op Tiris 4.0 bagi membanteras kegiatan penyelewengan diesel khususnya.
Sepanjang operasi dijalankan, lebih 20 stesen minyak diperiksa termasuk pemantauan penggunaan fleet card serta pembelian yang mencurigakan.
Mohd. Sabri berkata, tiada sebarang kegiatan penyelewengan dikesan sepanjang rondaan dilakukan malam tadi.
Tambah beliau, sejak Op Tiris 4.0 dilaksanakan bermula 15 Mac lalu, pihaknya merekodkan sembilan kes melibatkan rampasan diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM400,000.
“Sebanyak empat kes telah dituduh di mahkamah melibatkan tiga kes diesel dan satu kes LPG,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

6 hours ago
6





![[VIDEO] Berjalan kaki di KL umpama berjuang untuk hidup](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-18-at-22.58.55-1.jpeg)


![[VIDEO] ‘Seperti movie Hollywood, hakikatnya ia dihadapi aktivis GSF 2.0’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-18-at-20.49.52.jpeg)







![[VIDEO] Bakar suar buat kecoh di Bukit Bintang, suspek dicari](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-18-at-14.52.45.jpeg)


![[VIDEO] ‘Sampaikan ada ibu berpantang terpaksa rayu mat rempit bersurai’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-18-at-1.15.52-PM.jpeg)


























