Serie A: Roma intai kedudukan pendahulu

18 hours ago 8
ROMA berada di kedudukan kedua Serie A, namun berkongsi mata dengan Napoli ketika ini. - AFP
  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 2 November 2025, 11:30 am

ROM – AS Roma memiliki suntikan motivasi yang tinggi untuk berdepan AC Milan di san Siro awal pagi esok selepas kejayaan membenam Parma pada pertengahan minggu.

Pertembungan berkenaan cukup signifikan buat Roma yang mengintai peluang untuk muncul pendahulu apabila berkongsi mata dengan Napoli dan berada di kedudukan kedua ekoran perbezaan jaringan.

Jurulatih Roma, Gian Piero Gasperini melancarkan perang psikologi menjelang aksi tersebut apabila mengakui para pemainnya begitu bersemangat untuk turun dan meraih kemenangan pada aksi itu nanti.

“Kami sepatutnya menjalani latihan pada tengah hari Khamis lalu, namun pemain mahu sesi tersebut bermula sejak pagi lagi. Kami akan meneruskan sesi ini sehingga saat akhir sebelum aksi berkenaan.

“Jika kami menang, sudah pasti kami mampu merampas kedudukan teratas Serie A dan sudah tentu kami mengharapkan keputusan perlawanan lain akan memberikan kelebihan buat Roma,” katanya.

Milan turun berdepan aksi tersebut dengan keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum itu, namun berbeza dengan Roma apabila mereka berjaya meraih enam mata menerusi dua aksi terakhir. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |