‘Semua itu tak benar’ – Suami Raisa bersuara nafi tuduhan curang

3 hours ago 3

PETALING JAYA – Pelakon dan juga suami kepada penyanyi Raisa iaitu Hamish Daud menafikan dia curang dan menjalin hubungan istimewa dengan cef selebriti, Sabrina Alatas seperti yang didakwa netizen sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut Hamish, 45, kewujudan folder dalam platform Pinterest seperti yang tular itu adalah bagi mencari idea untuk rekaan hiasan dalam rumah keluarga Sabrina.

Dia juga turut menjelaskan sudah mengenali Sabrina dan keluarga sejak 10 tahun lalu.

“Saya sudah lebih dari 15 tahun menceburi bidang arkitek dan sering mencari idea seni hiasan.

“Contoh rekaan dalam itu (Pinterest) adalah untuk memberi idea kreatif untuk rekaan dalam kediaman ibu bapanya, bukan Sabrina.

“Khabar (dakwaan curang) itu tidak benar, kami hanya berkawan dan sudah mengenali Sabrina dengan keluarga sejak 10 tahun lalu,” katanya kepada media dalam satu temu bual hari ini.

Hamish menambah, dia juga meminta maaf kepada keluarga Sabrina apabila turut terheret dalam dakwaan negatif tular tersebut.

Dia bagaimanapun hanya membiarkan sahaja semua khabar angin tersebut dan tidak mempunyai perancangan untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.

“Sepertinya sukar untuk ambil tindakan undang-undang untuk isu yang sudah viral.

“Saya hanya boleh memberi klarifikasi bahawa semua itu tidak benar,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut menegaskan perceraian dengan Raisa bukan disebabkan isu orang ketiga mahu pun curang sebaliknya atas keputusan bersama.

“Kami berpisah secara baik dan semua sudah dipersetuju secara bersama.

“Kini hubungan kami adalah sebagai sahabat (selepas berpisah),” jelasnya.

Hamish juga sempat menzahirkan permohonan maaf kepada keluarga Raisa susulan kemelut rumah tangga yang berlaku terutama ketika ibu mentuanya yang kini menghidap kanser paru-paru tahap empat.

“Saya mohon maaf kepada Raisa dan keluarganya.

“Dia sedang melalui fasa sukar terutama ibunya juga sedang sakit,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Hamish didakwa berselingkuh dengan Sabrina apabila tular didakwa mempunyai sebuah ‘folder’ dalam Pinterest bertajuk ‘Future House’ (rumah masa depan) yang memuatkan gambar hiasan dalaman serta rekaan rumah seolah-olah sedang merancang hidup bersama.

Pada 24 Oktober lalu, wakil Pejabat Agama Jakarta Selatan (PA Jaksel) iaitu Abid M.H mendedahkan tuntutan perceraian difailkan pihak Raisa terhadap Hamish pada 22 Oktober.

Menurut Raisa atau nama lengkapnya Raisa Andriana, 35, sepakat untuk berpisah secara baik selepas melalui proses perbincangan yang panjang.

Terdahulu, Raisa Andriana, 35, dan Hamish Daud menikah pada 3 September 2017 di Jakarta.

Hasl perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Zalina Raine Wyllie. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |