Selangor FC akan buat rayuan

1 week ago 15

PETALING JAYA – Selangor FC akan memfailkan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengenakan hukuman terhadap kelab itu selepas didapati bersalah di atas lima pertuduhan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, The Red Giants menegaskan kelab itu tidak pernah menyokong sebarang tingkah laku yang boleh mengancam keselamatan semua pihak.

“Rayuan ini akan didengari semula secara menyeluruh dan pihak kelab mengharapkan bahawa rayuan ini dapat dipertimbangkan sebelum perlawanan timbal balik separuh akhir Piala FA yang telah dijadualkan pada 30 November 2025 di Stadium Majlis Bandaraya etaling Jaya (MBPJ).

“Stadium dan perlawanan bola sepak seharusnya menjadi ruang yang selamat untuk semua penyokong dan penonton menikmatinya dengan aman,” menurut kenyataan Selangor FC.

Sebelum ini, Selangor FC dikenakan hukuman beraksi dua perlawanan tanpa penonton bagi saingan Piala FA dan didenda RM100,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM ekoran insiden yang berlaku ketika aksi suku akhir kedua Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, 29 Oktober lalu.

Baljit menjelaskan Selangor FC dikenakan lima pertuduhan yang mana kelab itu didapati bersalah melanggar Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM bagi pertuduhan 1, 2, 3 dan 4 serta melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM.

Dalam kenyataan sama, Selangor FC menjelaskan empat pendirian dimana pihak kelab menjelaskan penyokong pasukan itu tidak terlibat dalam insiden membakar dan melempar mercun di dalam stadium.

Penyokong Selangor FC tidak merosak atau melontarkan bangku bar tempat duduk yang mengakibatkan kecederaan kepada penyokong pelawat di dalam stadium semasa perlawanan berlangsung dan pihak kelab mendapati kerosakan dan kehilangan bangku tempat duduk adalah di kawasan penyokong pelawat sahaja.

Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa tiada tetamu berstatus VVIP Selangor FC yang melontar bekas minuman plastik ke kawasan tempat duduk keluarga pasukan pelawat.

Selain itu, pihak kelab ingin menjelaskan bahawa penyokong Selangor FC tidak membuat provokasi yang mengakibatkan kekecohan di dalam stadium sebaliknya ia berpunca apabila penyokong pasukan pelawat membakar dan melempar mercun ke tempat duduk penyokong Selangor FC. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |