PELAKON Aishwarya Rai pernah berdiri selama tujuh jam semata-mata mahu menjaha kondisi saree mewah yang dipakai semasa penggambaran Devdas tidak berkedut atau rosak.
- Oleh HELMI ANUAR
- 4 April 2026, 11:00 am
AISHWARYA Rai sememangnya terkenal sebagai aktres yang sangat berdisiplin dan berdedikasi. Sebelum ini dia pernah menari dalam keadaan menahan kesakitan akibat luka di telinga ketika menjalani penggambaran filem Devdas.
Terkini, kru filem Ponniyin Selvan mendedahkan aktres yang juga bekas Ratu Dunia 1994 itu sanggup berdiri selama tujuh jam demi memastikan kostum yang dipakainya tidak berkedut.
Dalam filem arahan Mani Ratnam itu, Aishwarya membawa watak isteri kepada bangsawan yang sentiasa memakai saree daripada material organza dan barang kemas mewah.
Untuk mengelakkan kostum yang dipakainya berkedut, ibu kepada seorang cahaya mata itu sanggup berdiri selama tujuh jam tanpa duduk di set penggambaran.
Sikap profesional Aishwarya yang mementingkan kesempurnaan dipuji ramai kerana biarpun sudah bergelar diva, dia masih berdedikasi tanpa sebarang rungutan.
Ponniyin Selvan meraih kutipan pecah panggung di India, malah Aishwarya menerima anugerah pelakon wanita terbaik di Anugerah IIFA India Selatan untuk watak lakonannya, Nandini.

20 hours ago
8

















































