PETALING JAYA – Perjalanan pulang ke Kelantan sempena cuti hujung minggu yang bersambung dengan sambutan Hari Kebangsaan esok bertukar menjadi pengalaman memenatkan buat orang ramai apabila ada yang terpaksa mengharungi kesesakan sehingga hampir 24 jam.
Seorang pengguna Threads @fxrah.nf berkata, perjalanan yang bermula pukul 3 pagi semalam hanya selesai pada pukul 3 pagi hari ini selepas kenderaan yang dinaikinya terkandas selama lapan jam di kawasan Merapoh.
“Salam barai 24 jam. 3 pagi (29 Ogos) hingga 3 pagi (30 Ogos). Tahun depan raya Kelantan kita naik kapal terbabg je lah, Muhammad. Kita minta daddy (bapa) belikan tiket siap-siap.
“Sumpah paling buang masa, paling memenatkan dekat Merapoh sampai ‘stuck’ tak bergerak lapan jam,” katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika menggunakan laluan menuju ke Pantai Timur.
Menurut mereka, perjalanan pulang ke Kelantan ketika musim cuti panjang kebiasaannya mengambil masa antara 12 hingga 14 jam akibat kesesakan lalu lintas.
Bagaimanapun, keadaan kali ini disifatkan luar biasa apabila terdapat pengguna jalan raya mendakwa kenderaan langsung tidak bergerak sehingga mereka boleh berhenti dan keluar dari kereta untuk berehat.
“Selalu kalau sesak pun 12 hingga 14 jam. Kali ini sampai boleh berhenti turun kereta sebab tak bergerak langsung.
“Rasa macam ada kemalangan teruk sebab terlalu lama tak bergerak, tetapi rupanya tak ada kemalangan pun,” kata Mursyid.
Kesesakan luar biasa itu dipercayai susulan peningkatan jumlah pengguna jalan raya yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau bercuti bersempena cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum Hari Kebangsaan esok.
Selain itu, rakyat Selangor turut menikmati cuti peristiwa pada 1 September susulan kemenangan kontinjen negeri itu dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 10.50 pagi ini, laluan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur kelihatan tenang menuju ke Pantai Timur. – KOSMO! ONLINE

1 hour ago
2




![[VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SULUNG-GAJAH.jpeg)













![[VIDEO] Hatyai tetap jadi pilihan rakyat Malaysia bercuti](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-13.03.03.jpeg)















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














![[VIDEO] ‘Inilah istilah jatuh, bangun sendiri’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/TULAR-LORI-NAHAS.jpeg)