KUALA LUMPUR – Isteri kepada pegawai Pasukan Khas Udara Bomba (Paskub) Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang dilaporkan hilang susulan banjir besar di Nepal, Hani Othman, selamat tiba di Kathmandu lewat malam semalam bagi mendapatkan perkembangan terkini usaha mencari suaminya.
Perkara itu dimaklumkan abang mangsa, Mohd Saiful Munir, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
“Dah smpai tengah malam tadi,” katanya ringkas.
Hani yang mengambil keputusan untuk terbang sendirian ke Nepal sebelum ini dilapor berkata, dia tidak mampu hanya berdiam diri di rumah tanpa mengetahui perkembangan terkini operasi pencarian suaminya atau lebih mesra disapa Loe.
Terbaharu, Hani menerusi hantaran di InstaStorynya petang tadi memaklumkan dia telah pergi ke sebuah hospital di lokasi bencana Nepal bagi membantu mengenal pasti mayat yang ditemukan susulan kejadian banjir besar di negara itu.
Katanya, dia turut berdepan detik mengerikan apabila terpaksa melihat keadaan mayat-mayat mangsa yang tidak sempurna ketika sesi pengecaman.
Menurut Hani, setakat ini, proses pengecaman mayat dijalankan tidak menemukan sebarang tanda bahawa mayat-mayat berkenaan merupakan suaminya atau individu lain yang sedang dicari.
“Setakat ini pengecaman mayat, tak jumpa tanda-tanda mereka. Tapi ngeri juga tengok. Ada terputus badan, tinggal tangan…sedih tengok mayat bayi.
“Tapi setiap hari mungkin akan ada kemas kini mayat baharu yang dijumpai. Jadi terpaksalah biasakan diri tengok mayat-mayat ini. Kalau tak, macam mana nak cari mereka?” katanya.
Dalam hantaran sama, Hani turut memohon agar Allah melindungi semua mangsa yang masih hilang.
“Ya Allah, peliharalah mereka semua,” katanya.
Mohd Fakhrul Munir, 44, antara puluhan rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi selepas banjir besar melanda kawasan sempadan Nepal-China, Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

12 hours ago
7





![[VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SULUNG-GAJAH.jpeg)












![[VIDEO] Hatyai tetap jadi pilihan rakyat Malaysia bercuti](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-13.03.03.jpeg)















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














![[VIDEO] ‘Inilah istilah jatuh, bangun sendiri’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/TULAR-LORI-NAHAS.jpeg)