Remaja ‘terbang’ ke India, sembunyi di ruang gear pesawat

4 weeks ago 24
Remaja itu tiba di Delhi dengan bersembunyi di ruang gear pendaratan pesawat Kam Air. - AFP
  • Oleh KOSMO
  • 24 September 2025, 4:57 pm

NEW DELHI – Seorang remaja Afghanistan berusia 13 tahun selamat selepas tiba di India dengan bersembunyi di ruang gear pendaratan sebuah pesawat penumpang, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Jurucakap Pasukan Keselamatan Perlindungan Pusat India (CISF) berkata, remaja lelaki terbabit melakukan perjalanan secara haram dengan menaiki penerbangan Kam Airlines RQ-4401 pada Ahad lalu.

“Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi sekitar pukul 11.10 pagi (waktu tempatan) kelmarin. 

“Remaja itu ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang selepas ditemui berkeliaran di landasan. Semasa disoal siasat, dia mengaku bertindak demikian kerana rasa ingin tahu,” kata CISF. 

Akhbar India Express melaporkan bahawa remaja itu mahu pergi ke Iran dan tidak tahu bahawa penerbangan yang dinaikinya mendarat di Delhi. 

Kakitangan syarikat penerbangan Kam Air turut menemui sebuah pembesar suara kecil berwarna merah yang dipercayai milik remaja terbabit. 

Remaja tersebut dihantar pulang ke Kabul melalui penerbangan sama pada hari kejadian. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |