Remaja ditahan disyaki buang bayi 

1 month ago 36

JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki ditemukan bersama uri dalam keadaan berlumuran darah di dalam tandas kompleks membeli-belah di bandar raya ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, bayi lelaki itu disedari oleh seorang pekerja
pembersihan pada pukul 4.51 petang.

“Polis menerima laporan tersebut dibuat orang awam pada pukul 5.54 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

“Susulan laporan tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara telah berjaya menahan
seorang remaja berumur 19 tahun di Tampoi, pada pukul 8.40 malam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Balveer Singh

Balveer Singh berkata, hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan.

Ditanya mengenai keadaan bayi itu, katanya, bayi lelaki tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |