PETALING JAYA – Gara-gara lagu Jamilah yang tular di media sosial, ramai netizen berseloroh mahu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama mereka kepada ‘Jamilah’.
Trend lagu berkenaan kembali hangat selepas pelakon, Que Haidar memuat naik video nyanyian menggunakan audio Jamilah di platform Instagramnya sambil baring di atas katil.
Lagu tersebut pada asalnya popular sekitar tahun 1980-an, kini menjadi trend (ikutan) hiburan pengguna media sosial termasuklah pelakon serta penyampai radio popular, Azad Jasmin, usahawan dan pempengaruh, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan dan turut dilakukan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.
Susulan tular trend tersebut, ramai pengguna media sosial terutama dalam kalangan wanita memuat naik video balas selain ada yang meninggalkan komen memperkenalkan diri mereka sebagai ‘Jamilah’.
“Saya Jamilah, Sii Jamilah Kassim. Mungkin saya jodoh awak,” kat pengguna TikTok, Fatin.
“Agak-agak, dah umur 40 tahun ini pergi JPN nak tukar nama boleh lulus tak? Rasanya muka saya lebih sesuai nama Jamilah,” seloroh Ayuti.
Seorang pengguna TikTok @Aiman_hafiz berkata, fenomena itu membuktikan bagaimana lagu lama masih mampu mencuri perhatian masyarakat apabila diolah dengan gaya baharu.
“Lagu ni legend. Bila artis popular buat balik, terus orang muda pun suka. Sekarang semua nak jadi Jamilah,” katanya.
Sementara itu, carian nama ‘Jamilah’ turut meningkat di platform media sosial sejak seminggu lalu, dengan lebih 50,000 hantaran menggunakan tanda pagar #JamilahChallenge.
Walaupun semuanya sekadar gurauan, ada juga yang berpendapat trend itu secara tidak langsung mengangkat kembali keunikan nama-nama klasik Melayu yang semakin jarang digunakan dalam kalangan generasi baharu.
“Nama Jamilah ni lembut, sopan dan ada makna yang indah. Mungkin selepas ini ramai bayi perempuan akan dinamakan Jamilah semula,” ujar seorang pengguna X. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2










![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)






































