PETALING JAYA – Kekecohan yang berlaku terhadap penganjuran sukan seni bela diri Warzone World Championship (WWC) nampaknya tidak terhenti begitu sahaja.
Teguran yang dilakukan oleh atlet kebangsaan, Johan Ghazali terhadap penganjur yang juga Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusof Azmi sebelum ini juga telah menjadi isu hangat.
Malah, Yusof turut membalas teguran tersebut semalam dengan menaikkan kenyataan balasnya menegaskan bahawa kejohanan berkenaan tidak menggunakan sebarang dana atau tajaan daripada mana-mana pihak luar, termasuk Johan sendiri.
Kementerian Belia dan Sukan juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejohanan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak mereka.
Namun, orang ramai mempunyai cara penyelesaian mereka apabila mencadangkan agar perlawanan antara Johan atau Jojo Ghazali dengan Yusof perlu diadakan.
“Kalau ada perlawanan tu, aku rasa lagi tinggi penonton. Johan tegur cara baik pun dia tak nak pakai. Mungkin dengan perlawanan kalau saudara tu nak senyap kali ini,” kata Jo Blanko.
“Aku nak sangat tengok yusof ni lawan Jojo, kalau tak Jojo bagi sahaja dengan adik dia Miki. Kalau dia memang nak cari duit la,” kata Hiesham.
“Kadang-kadang saya tak faham, sukan yang jadi persahabatan pun mereka ni cipta buat bergaduh, budak kecil pun ikut sama. Betula nak selesai benda ni baik dua ni lawan,” kata IlhamMarzuki82.
Terdahulu, Johan menegur kejohanan WWC telah merosakkan sukan bela diri yang diminatinya apabila mencampurkan elemen kekejaman dan lakonan untuk mempromosi dan memperkenalkan kejohanan tersebut.
Johan beranggapan cara tersebut bakal merosakkan sukan tersebut apabila ditonton oleh generasi muda. Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, teguran itu bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar dengan orang lebih dewasa.- KOSMO! ONLINE.

                        9 hours ago
                                3
                    
![[VIDEO] Hebat Bezza, jadi pilihan polis Papua New Guinea](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-04-at-21.02.41.jpeg)















![[VIDEO] Berpeluh dalam komuter 40 minit](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2025-11-04T141912.331.png)































