PRN17 Sabah: SPR keluarkan 22,881 kertas undi pos

2 hours ago 2
Gambar hiasan.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 19 November 2025, 2:18 pm

‎‎KOTA KINABALU – Sebanyak 22,881 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

‎Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril ‎berkata, jumlah kertas undi pos berkenaan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

‎”Pengeluaran kertas undi pos pada 17 – 18 November 2025 dijalankan oleh ‎petugas undi pos di semua 73 Bahagian Pilihan Raya Negeri. Kesemua 22,881 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 21,362
‎kertas undi pos bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media).

‎”Manakala sebanyak 336 kertas undi pos pula bagi kategori 1B (warganegara ‎Malaysia yang tinggal di luar negara) dan 1,183 kertas undi pos bagi kategori 1C (agensi/organisasi),” katanya dalam kenyataan hari ini.

‎Mengulas lanjut, Khairul menyatakan proses pengeluaran kertas undi pos terbabit dijalankan dengan kehadiran ‎ejen undi pos daripada parti atau individu yang bertanding.

‎Dalam pada itu, beliau berkata, SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan berkenaan sebelum pukul 5 petang, 29 November 2025. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |