PRN Sabah: Jangan pasang bahan kempen di kawasan bulatan, simpang

18 hours ago 5
Semua parti politik yang bertanding pada PRN17 Sabah diminta tidak memasang bahan kempen di kawasan yang berisiko mengganggu keselamatan awam.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 18 November 2025, 3:21 pm

‎KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah meminta semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah supaya tidak memasang bahan kempen di kawasan yang berisiko mengganggu keselamatan jalan raya.

‎Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Philemon Lajawai berkata larangan itu meliputi kawasan bulatan, bukaan median jalan, simpang, lintasan pejalan kaki serta tiang lampu isyarat.

‎Katanya, pemasangan bahan kempen seperti bendera, sepanduk, poster dan apa sahaja bahan berkaitan di lokasi berkenaan boleh menghadkan penglihatan pemandu dan meningkatkan risiko kemalangan.

‎“Tindakan ini penting untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum sepanjang tempoh kempen PRN17 Sabah.

‎“JKR meminta semua bahan kempen yang sudah dipasang di kawasan terbabit dialihkan dengan segera bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

‎Philemon juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjaga keselamatan serta kelancaran trafik di seluruh negeri. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |