Presiden Joe Biden ampun anak sendiri

2 months ago 29
  • Oleh KOSMO!
  • 2 Disember 2024, 11:39 am
GAMBAR fail 13 Ogos 2022 menunjukkan Biden melambai sambil ditemani anak lelakinya, Hunter di luar sebuah gereja di Pulau Johns, Carolina Selatan. – AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat(AS), Joe Biden semalam mengeluarkan pengampunan rasmi kepada anak lelakinya, Hunter yang berdepan hukuman untuk dua kes jenayah kerana gagal membayar cukai dan membeli senjata api.

“Tiada sesiapa yang melihat fakta kes Hunter dapat merumuskan selain daripada beliau menjadi sasaran hanya kerana beliau ialah anak saya dan ini salah,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Hunter didapati bersalah awal tahun ini kerana menipu bahawa dia bukan penagih dadah apabila membeli senjata api dan turut mengaku salah dalam satu kes cukai yang lain.

Pemberian pengampunan itu dibuat selepas Biden berulang kali berkata bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam perbicaraan Hunter. Setiausaha akhbar White House baru-baru ini berkata, Biden tidak akan menandatangani pengampunan untuk Hunter. – AFP 

Read Entire Article
Pertanian | | | |