Polis trafik IPD Shah Alam bantu warga emas kemalangan jalan raya

6 days ago 13
  • Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
  • 30 Januari 2025, 2:42 pm
Dua koperal polis membantu warga emas menukar tayar pancit sekitar Shah Alam tengah hari tadi.

SHAH ALAM – Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah Shah Alam membantu warga emas yang mengalami masalah tayar pancit akibat kemalangan di Persiaran Perusahaan Seksyen 23, di sini, tengah hari tadi.

Difahamkan, pemilik kenderaan berusia 71 tahun itu terlibat dalam kemalangan sebelum tayar keretanya pancit.

Dua anggota polis iaitu Koperal Anwar Jaharudin dan Megat Mohd Zaidie Abbu Bakar yang membuat rondaan Op Selamat 23 bertindak membantu menukar tayar pancit warga emas berkenaan.

Pemandu berkenaan turut dinasihatkan untuk membuat laporan polis di Balai Trafik Ibu Shah Alam berhubung kemalangan yang berlaku. – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |