PM ucap selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste

2 hours ago 1
Gambar yang dimuat naik oleh Anwar di media sosial hari ini.
  • Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
  • 26 Disember 2025, 6:57 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste, Dr. Jose Ramos-Horta menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar turut mendoakan agar pemimpin itu dikurniakan kesihatan, kejayaan dan kebijaksanaan dalam kepimpinannya sepanjang tahun mendatang.

“Malaysia menghargai persahabatan erat dan kerjasama strategik dengan Timor-Leste, khususnya dalam memperkukuh hubungan dalam ASEAN.
“Semoga hubungan dua hala kita terus berkembang demi kesejahteraan kedua-dua negara dan kejayaan rantau ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |