PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali berkongsi pengalaman ditegur peminat yang menggelarnya sebagai artis bersuara ‘chipmunk’ sebelum mengajaknya berswafoto baru-baru ini.
Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd. Razali berkata, situasi tersebut berlaku apabila seorang wanita dimaklumkan suaminya mengenai keberadaannya di sebuah acara awam.
“Tadi ada orang datang nak amik gambar dengan saya. Si isteri tanya ‘Nabila Razali kan?’ Saya pun iyakan saja dan senyum.
“Lepas itu, dia kata ‘suamilah yang nampak tadi. Dia kata ada artis’.
“Si isteri pun tanya ‘artis yang mana?’ dan suami pun jawab ‘ala artis yang suara chipmunk itu’, dia pun ceritakan semula apa yang suaminya kata terhadap saya serta ketawa kecil,” kongsinya dalan platform Threads.
Pelantun lagu Peluang Kedua itu mengakui terkejut apabila disapa dengan momen sebegitu selain mempersoalkan mengenai adab individu terbabit.
“Saya pun tengok saja muka akak itu sebab terkejut.
“Kalian, adakah ini perkara normal? Sudah berkurang ke orang yang cakap berlapik ini?
“Saya bertanya dalam nada ingin tahu. Sumpah tak marah, cuma ‘petaklah’ kejap muka saya tadi,” katanya lagi.
Tidak lama kemudian, dia memberitahu wanita berkenaan sudah memohon maaf dan meminta orang ramai berhenti melemparkan komen berbaur kecaman.
“Okey sudah kalian, jangan marah-marah. Akak itu sudah minta maaf.
“Betullah apa yang daya cuba untuk husnuzon (bersangka baik) tadi. Kakak itu tak sengaja dan dia memang minat saya.
“Alhamdulillah terima kasih kak. Maafkan saya yang terus membuat sendiri,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, dia turut memuat naik tangkap layar mesej wanita berkenaan yang memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata termasuk menjelaskan gelaran yang diberikan suaminya berlaku tanpa sebarang niat negatif. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
6

![[VIDEO] ‘Di kala PMX pesan jimat cermat, open house tetap on’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/jalan-sesak.jpeg)
![[VIDEO] ‘Terima kasih pinjamkan Amirul Ashraf’, bapa setia hingga ke liang lahad](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/lemas.jpeg)














































