Pergerakan air bawah tanah punca Jalan Gua Musang-Lojing runtuh

2 hours ago 1
Anggota bomba memantau lokasi jalan runtuh di Kilometer 45, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH
  • Oleh AIMUNI TUAN LAH
  • 3 Disember 2025, 2:02 pm

GUA MUSANG – Pergerakan aliran air bawah tanah dipercayai menjadi punca berlakunya kejadian jalan runtuh di Kilometer 45, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, sebahagian besar jalan di laluan terbabit runtuh menjadi seperti kawah besar sehingga terpaksa ditutup kepada semua kenderaan termasuk motosikal.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, runtuhan tanah melibatkan kawasan jalan sepanjang 120 meter dengan kedalaman 30 sehingga 35 meter.

Katanya, sehingga kini, masih berlaku pergerakan tanah yang boleh menyebabkan struktur jalan terputus sepenuhnya.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat pemantauan di lokasi kejadian kerana didapati wujud rekahan kecil pada laluan terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian runtuhan tanah dekat Pos Blau di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |