Perebutan 73 DUN di Sabah mula buka gelanggang

2 weeks ago 13
Suasana sekitar kawasan penamaan calon di Dewan Sri Putatan pagi ini.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 15 November 2025, 9:17 am

‎KOTA KINABALU – Gelanggang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah bakal dibuka dengan menyaksikan proses penamaan calon di 25 lokasi pagi ini bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

‎Penyerahan borang pencalonan bakal berlangsung selama satu jam bermula jam 9 hingga 10 pagi sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan senarai calon yang layak bertanding.

‎Sejurus proses penamaan calon tamat membabitkan semua 73 kerusi, calon-calon akan terus memulakan kempen selama dua minggu sama ada menerusi media sosial, turun padang, berjumpa pengunjung pasar, membuat tinjauan mesra, gerak kerja dari rumah ke rumah dan ceramah umum.

‎Dalam pada itu, tinjauan di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Sri Putatan mendapati penyokong-penyokong parti mula dibenar memasuki pekarangan pusat penamaan sekitar pukul 8 pagi.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |