Perak FC tundukkan KDN FC untuk ke suku akhir Piala Malaysia

2 months ago 34
  • Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
  • 30 November 2024, 11:15 pm
Clayton Da Silveira (kiri) diasak pemain lawan, Muhammad Umeir Aznan (kanan) pada perlawanan UNIFI Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Manjung hari ini. - FOTO oleh ZULFACHRI ZULKIFLI.

LUMUT – Perak FC melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia apabila menumpaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dengan jaringan 3-1 di Stadium Manjung malam ini.

Gol pertama pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Clayton Da Silva, manakala  Wan Zack Haikal Wan Nor mencetak nama sebagai penjaring gol kedua menerusi tandukan apabila menyudahkan hantaran Ariff Ar-Rasyid Ariffin.

Ariff Ar-Rasyid menambah derita pelawat apabila mudah menolak masuk bola ke gawang lawan hasil lorongan Clayton Da Silva sebelum Adam Danial menghasilkan gol tunggal KDN FC pada minit ke-84.

Babak akhir perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun terus buntu menghasilkan gol bagi memastikan kedudukan kekal dengan jaringan 3-1. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |