Penjawat awam main peranan perjelas pelaksanaan tarif baharu elektrik

9 hours ago 3

PUTRAJAYA – Kumpulan penjawat awam perlu bersama-sama memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat mengenai pelaksanaan tarif elektrik baharu bagi membolehkan inisiatif dilaksanakan kerajaan difahami rakyat secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses komunikasi itu tidak seharusnya disandarkan kepada Jabatan Penerangan semata-mata, sebaliknya perlu dilaksanakan juga oleh kumpulan penjawat awam.

“Kita tidak boleh serah kepada Jabatan Penerangan sahaja, saya minta supaya penjawat awam juga.

“Kerana ini yang merancang, kementerian masing-masing, yang melibatkan penjawat awam dan tentunya Tenaga Nasional Berhad (TNB), syarikat kerajaan, milik kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelaksanaan tarif asas elektrik baharu dilihat membolehkan pengguna menikmati kadar kos elektrik menurun secara keseluruhannya.

“Efektifnya, kos elektrik dengan tarif asas ini, walaupun bunyinya naik, tapi kos elektrik secara keseluruhan menurun. Secara keseluruhan, kos elektrik menurun sebanyak 19 peratus.

“Apa yang disampaikan oleh mereka, tarif naik, cukai naik. Sebab itu saya tanya, kamu ini wakil rakyat bawahan atau wakil tauke.

“Ada tauke mengeluh kerana naik bagi mereka, tapi efektifnya dalam pelaksanaan dicadangkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, 85 peratus rakyat dikecualikan,” katanya.

Kata Anwar, ini kerana, semua langkah kenaikan hanya untuk industri yang mencatatkan untung lebih besar.

“Kemudian dia bagi pula, kalau gunanya masa dipanggil bukan waktu puncak, itu boleh dikurangkan. Tapi yang penting, secara keseluruhan, bila dilaksanakan, ini faktanya, bukan kos naik.

“Ia daripada nilai RM55.95 Rp3 kepada RM45.40 Rp4, maknanya kalau tengok bil lepas itu, banding dengan bulan lalu, dia lebih rendah.

“Yang sebenarnya kalau boleh tengok bil, kalau kita guna yang sama, bulan lalu ke bulan ini, bil akan turun.

“Kerana saya katakan tadi, kos elektrik secara menyeluruh sudah menurun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |