HONOR kini telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan pengguna telefon pintar mewah.
Malah, siri HONOR Magic telah muncul sebagai ‘kuda hitam’ dalam pasaran telefon pintar setelah ramai pengguna daripada jenama lain, terutamanya Samsung dilihat telah beralih arah untuk menggunakan peranti tersebut.
Berdasarkan data daripada pihak ketiga, sejak tahun 2022, Samsung secara beransur-ansur telah kehilangan sebahagian daripada penguasaan pasarannya dalam segmen telefon pintar premium.
Pada masa sama, HONOR secara beransur-ansur beroleh kedudukan yang semakin kukuh dalam kalangan pengguna telefon pintar mewah.
Peratusan pengguna HONOR yang beralih daripada Samsung dianggarkan meningkat sebanyak 100 peratus.
Sebelum ini, HONOR turut berjaya menarik lebih ramai pengguna daripada Huawei, dan kini ramai pengguna Samsung dan Apple yang menggunakan iPhone turut berbuat demikian.
Malah Honor juga kini berada pada kedudukan tiga teratas dalam pasaran telefon pintar mewah tempatan.
Pengarah Negara HONOR Malaysia Justin Li berkata, hampir 70 peratus jualan telefon pintar HONOR adalah model tahap pertengahan hingga mewah.
Menurut data daripada pihak ketiga, sejak 2023, siri HONOR Magic bertapak kukuh di kedudukan tiga teratas dalam pasaran telefon pintar mewah, dengan tanda harga melebih RM4,000 sehingga RM5,000.
HONOR Magic6 Pro pula menguasai hampir 18 peratus perkongsian pasaran bagi segmen RM4,000 ke RM5,000 daripada Mac hingga Julai 2024.
“Membina atas kejayaan tersebut, HONOR menyasar untuk mengatasi jualan itu apabila HONOR Magic7 Pro yang merupakan flagship terbaharu akan dilancarkan pada suku pertama 2025.
“Dengan menghasilkan produk dan memberikan pengalaman pengguna yang luar biasa secara konsisten, HONOR telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama dalam pasaran telefon pintar Malaysia,” kata Li.
Melalui beberapa generasi produk, HONOR telah membuktikan bahawa ia juga boleh menghasilkan telefon pintar mewah dan mereka telah melakukannya dengan sangat baik.
HONOR kini dilihat berdiri di barisan hadapan dalam industri, ia bukan sahaja menghasilkan telefon dengan skrin boleh lipat, ia juga memegang gelaran telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia selama dua tahun berturut-turut.
Selain itu, HONOR Magic V3 telah mencabar had industri apabila peranti itu mencapai ketebalan hanya 4.35 milimeter tanpa mengurangkan prestasi dan jangka hayat bateri.
Ini telah mengubab stereotaip orang ramai tentang telefon boleh lipat.
Dalam masa yang sama, siri HONOR Magic turut dilengkapi dengan teknologi termaju di mana peranti ini mempunyai keupayaan kecerdasan buatan (AI) yang berkuasa seperti AI Magic Portal, Nota AI dan Face to Face Translation.
Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan Falcon Capture bagi membolehkan pengguna merakam momen berharga pada setiap saat, serta menghasilkan fotografi potret dengan kerjasama Harcourt Studio yang merupakan studio fotografi legenda dari Perancis.
Dalam masa yang sama, banyak teknologi inovasif HONOR telah ditiru secara meluas dalam industri seperti teknologi bateri silikon karbon.
Inovasi ini meningkatkan ketumpatan tenaga beteri dengan siginifikan dan menetapkan penanda aras baharu untuk industri.
Selain itu, HONOR juga telah melabur secara konsisten dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan 60 peratus daripada 13,000 pekerja globalnya adalah kakitangan R&D. – KOSMO! ONLINE