Seorang pelajar Kolej Kemahiran Segatromic, Kulim maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas di Kilometer 226.8 (arah Selatan), Lebuh Raya Utara-Selatan semalam. - Foto IHSAN POLIS
- Oleh NOR ANNA HAMZAH
- 2 November 2025, 1:18 pm
REMBAU – Seorang pelajar Kolej Kemahiran Segatromic, Kulim I-tech, di Kedah maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas di kilometer 226.8 (arah selatan), Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, mangsa iaitu remaja lelaki berusia 15 tahun menunggang motosikal jenis Honda Vario 160 disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik kerana kecederaan di kepala.
“Pembonceng iaitu lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pula dikejarkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka susulan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kini berada di zon merah hospital berkenaan.
“Kedua-duanya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka. Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal telah hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kecemasan.,” katanya. – KOSMO! ONLINE

16 hours ago
6

















![[VIDEO] ‘Masalahnya koko hari Rabu bukan hari Jumaat bang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-02-at-2.32.34-PM.jpeg)































