Pekerja jumpa wang 2 juta rupiah semasa cuci longkang 

1 week ago 16
Tangkap layar video menunjukkan pekerja itu menemui plastik berisi wang tunai semasa membersihkan longkang. - Instagram
  • Oleh KOSMO
  • 22 November 2025, 8:00 pm

JAKARTA – Seorang pekerja pembersihan di Indonesia terkejut apabila menemui bungkusan plastik berisi wang tunai sebanyak 2 juta rupiah (RM500) ketika membersihkan longkang, lapor  portal berita INews. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @dedimulyadi71 menunjukkan pekerja terbabit sedang menarik sampah dan lumpur dari longkang sebelum menemui plastik berwarna hitam. 

Dia terkejut kerana plastik itu mengandungi wang tunai bernominasi 20,000 rupiah (RM5).

Pekerja lain segera membantu mencuci longkang tersebut agar mereka mendapat ‘harta karun’ serupa. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Rezeki tidak salah alamat,” kata seorang netizen. 

“Rezeki buat individu yang pembersih dan rajin,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |