Pastikan hantar anak ke sekolah agama berdaftar – JAIS

14 hours ago 7

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak hanya dihantar ke sekolah agama Islam berdaftar bagi mengelakkan masalah seperti gagal menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK).

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ingin merujuk kepada video tular mengenai 80 orang pelajar di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Afsari, Saujana Putra, Jenjarom, Selangor yang tidak dapat mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK).

“Semakan mendapati SRI Al Afsari tidak berdaftar dengan JAIS seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 12 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Selangor) 1988 (Pindaan 2001).

“Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku penganjur peperiksaan tidak dapat memberikan laluan kepada murid sekolah berkenaan bagi menduduki peperiksaan tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sekolah terbabit sebelum ini dikenali sebagai SRI Al Fakri dan hanya memiliki kelulusan sementara pada 29 November 2012 sebelum tempohnya tamat tanpa permohonan baharu.

Tambahnya, permohonan pendaftaran penuh hanya diterima JAIS pada 21 Disember 2023.

“Pendaftaran penuh hanya boleh dipertimbangkan selepas sekolah memenuhi syarat ditetapkan termasuk kurikulum JAIS, pengesahan kesihatan dan keselamatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta kelulusan KM bagi penukaran status bangunan kepada institusi pendidikan.

“SRI Al Afsari tidak dapat didaftarkan di bawah undang-undang kerana masih tidak mendapat sokongan daripada pihak JBPM dan tiada kelulusan daripada PBT untuk KM,” katanya” jelasnya.

Mohd. Shahzihan turut mengingatkan masyarakat agar tidak membuat tuduhan tanpa usul periksa yang boleh menimbulkan fitnah serta menjejaskan imej institusi agama termasuk Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |