Padah lawan arus, lelaki dipenjara 3 hari denda RM6,000

3 hours ago 3
Tangkap layar video memaparkan sebuah kenderaan dikesan memandu melawan arus di Jalan Klang Lama, semalam.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 6 April 2026, 2:28 pm

KUALA LUMPUR – Tindakan berani mati memandu melawan arus di Jalan Klang Lama membawa padah apabila seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM6,000 oleh mahkamah, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Menurutnya, jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan.
“Lesen memandu tertuduh turut digantung selama lima tahun, namun denda berkenaan telah dijelaskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan lelaki berusia 32 tahun itu ditahan selepas tampil menyerah diri di pejabat JSPT Kuala Lumpur kira-kira jam 8.35 malam, susulan video tular memaparkan aksinya memandu melawan arus di Jalan Klang Lama.

Kes berkenaan mencetuskan kebimbangan orang ramai kerana tindakan itu boleh mengundang kemalangan serius serta mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |