Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 catat 22,552 saman

3 days ago 7

SERDANG – Sebanyak 22,552 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam tempoh lima hari Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di seluruh negara bermula 24 Mac lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh merupakan kesalahan tertinggi yang dicatatkan iaitu sebanyak 5,850 saman.

“Melalui pemeriksaan ke atas kenderaan perkhidmatan awam bas, pihak JPJ telah mengesan sebanyak 1,800 bas melakukan pelbagai kesalahan yang melibatkan kenderaan dan pemandu.

“Äntaranya menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tiada pemandu kedua dan lain-lain kesalahan. Melalui strategi penguatkuasaan secara penyamaran, pihak JPJ telah mengesan sebanyak 398 kenderaan perkhidmatan perkhidmatan awam melakukan kesalahan,” katanya pada sidang akhbar Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Sungai Besi, di sini hari ini.

Tambah Aedy Fadly, secara keseluruhan, sebanyak 77,736 kenderaan telah diperiksa sepanjang tempoh berkenaan dan daripada jumlah itu juga sebanyak 97 kenderaan telah disita.

Katanya, kesalahan tiada lesen memandu serta lesen memandu tamat tempoh merupakan kesalahan kedua tertinggi yang merekodkan sebanyak 4,148 notis.

Sementara itu, pemilik dan pemandu kenderaan barangan turut diingatkan berhubung larangan pemanduan kenderaan berkenaan selama empat hari bermula 29 dan 30 Mac 2025 serta pada 5 dan 6 April 2025.

“Pihak kami juga memohon pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya dan pengguna perlu memastikan kenderaan masing-masing telah diselenggara dengan baik dan selamat serta rancang perjalanan ke destinasi yang dituju.

“Semua pengguna dinasihati agar mempunyai rehat yang cukup dan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat jika kepenatan dalam perjalanan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |