Naturmeric mahu tembusi pasaran Korea tahun depan

2 weeks ago 15

KUALA LUMPUR – Naturmeric, jenama produk penjagaan kesihatan berasaskan kunyit hitam tulen melalui penyelidikan saintifik, mengunjurkan jualan pada tahun depan mencecah kepada RM1 juta berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Penyelidik Naturmeric, Prof ChM Intan Safinar Ismail  berkata, sehingga bulan Oktober lalu, syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang mana jualan terus meningkat setiap bulan melalui kempen serta promosi yang dijalankan.

“Secara keseluruhan, lebih daripada RM500,000 kutipan jualan telah berjaya dijual setiap bulan. Ini menunjukkan pertumbuhan positif dan penerimaan pasaran yang semakin kuat terhadap jenama kita, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Kempen Pink October 2025 dengan kerjasama Pertubuhan Cahaya Hawwa di sini baru-baru ini.

Melalui program tersebut, Naturmeric menzahirkan sokongan terhadap Nota Percaya Journaling Movement iaitu satu inisiatif yang memupuk penyembuhan emosi, refleksi diri dan kesedaran mental melalui seni penulisan, muzik dan perkongsian kisah sebenar.

Intan menjelaskan, Naturmeric komited tahun depan syarikat makin berkembang maju dengan kadar pertumbuhan yang baik ekoran inisiatif syarikat yang memfokuskan kepada usaha meluaskan pasaran domestik melalui membuka peluang perniagaan kepada pengedar.

Syarikat juga akan mula aktif menembusi pasaran luar bermula dengan Korea Selatan, diikuti oleh pasaran serantau seperti Singapura dan Indonesia.

Menurut beliau, syarikat juga mahu menjenamakan semula digital dan memperkukuhkan promosi di dalam platform sosial media serta menaik taraf kunyit hitam daripada aspek kajian santifik.

Tambah Intan, syarikat melihat 2026 sebagai tahun transformasi untuk syarikat yang mana Naturmeric bakal melancarkan produk baharu termasuk rangkaian kosmetik dan penjagaan diri berasaskan kunyit hitam seperti topeng muka, sabun badan dan muka dan krim eczema.

“Kami juga sedang melaksanakan penyelidikan lanjutan terhadap potensi kunyit hitam dalam bidang kesihatan dalaman seperti anti-radang, anti kanser dan penstabil imun. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |