Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah

1 month ago 55
  • Oleh KOSMO!
  • 17 Disember 2024, 10:21 am
Yang di-Pertuan Agong, berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11 di Singgahsana Kecil, Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun.

Musa menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |