KERJASAMA strategik melibatkan industri, akademik dan komuniti pekebun kecil amat penting bagi memastikan sektor pengeluaran minyak sawit dapat memberikan pulangan lumayan dan mampu berdaya saing seiring perkembangan teknologi masa kini.
Dalam usaha memperkukuh ekosistem tersebut, Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) bersama Asia School of Business (ASB) melalui Pusat Pemilik Kecil Mampan (CSS) dan Persatuan Pekebun Kecil Kebangsaan (NASH) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).
Kerjasama itu memberi fokus kepada peningkatan daya tahan pekebun kecil melalui latihan, kesediaan digital dan pembiayaan lestari.
MoU berkenaan dilihat seperti ‘oksigen’ buat industri sawit yang dilihat kritikal apabila lebih separuh ladang sawit pekebun kecil di Malaysia kini melebihi usia 25 tahun, manakala ramai pemiliknya berada dalam kelompok veteran.
Keadaan tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada produktiviti dan pendapatan sekali gus menuntukan pelan starategik mampan.
Ketua Unit Pekebun Kecil RSPO, Guntur Cahyo Prabowo, berkata, MoU itu melambangkan usaha strategik melibatkan negara pengeluar utama seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Ujarnya, setiap negara memiliki cabaran dan lapangan pasaran berbeza namun matlamat antara mereka tetap sama iaitu ingin memperkasa pekebun kecil.
“Kerjasama ini menunjukkan bagaimana dasar inklusif dapat dilakukan menerusi beberapa pelaksanaan di lapangan di mana golongan pekebun kecil dapat memaksimum manfaat yang ada.
“Untuk mencapainya, penyelarasan yang lebih kukuh antara institusi, pengeluar dan rakan pasaran amat penting bagi memastikan pekebun kecil mendapat sokongan sewajarnya agar mereka dapat berkembang melalui organisasi yang lebih baik serta peluang pembelajaran berterusan,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Meja Bulat Tahunan Minyak Sawit Lestari (RT2025) di Kuala Lumpur.
Menandatangani MoU ialah Cahyo Prabowo; Prof Madya II ASB, Dr. Melati Nungsari dan Presiden NASH, Adzmi Hassan.
Tambah Cahyo Prabowo, lebih AS$5.2 juta (RM22 juta) telah disalurkan setakat ini menerusi Dana Sokongan Pekebun Kecil RSPO bagi melaksanakan 141 projek di 14 negara yang memberi manfaat kepada lebih 44,000 pekebun kecil bebas.
“Sehingga kini lebih 180,000 pekebun kecil di seluruh dunia diperakui di bawah RSPO melalui hampir 450,000 hektar tanah yang diurus secara mampan.
“Pada tahun ini saja, sebanyak sembilan projek baharu dilancarkan melibatkan 4,000 pekebun. Ini bukan sahaja kemajuan tetapi mencerminkan kehidupan lebih baik, hutan yang dilindungi dan komuniti yang diperkuat,” katanya.
Latihan amalan pertanian, pengurusan rekod dan pembangunan kepimpinan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh tiga tahun kerjasama itu.
Selain itu, mengumpul data untuk ketelusan rantaian bekalan dan memperkenal insentif berasaskan kelestarian agar memastikan pengeluaran lebih mampan.

17 hours ago
5











![[VIDEO] Isteri Prince Syed masuk hospital tiada kaitan komplikasi bariatrik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Dr.-Abdul-Gafoor-ketika-mengulas-mengenai-keadaan-Fatin-Syazwani-di-TikToknya-semalam..jpeg)






![[VIDEO] Pengawal sekolah dirai besar-besaran pada majlis persaraan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-memaparkan-hantaran-oleh-@Kak-Rock-Laa-di-laman-TikTok.jpeg)





























