Mayat lelaki jatuh laut ditemui terapung

1 month ago 47
  • Oleh SAFINA RAMLI
  • 8 Disember 2024, 5:55 pm
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Pangkalan Marin di Batu Uban, petang tadi.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menemui mayat seorang lelaki tempatan di sekitar perairan berhampiran persiaran Karpal Singh, di sini hari ini.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Razali Kasim berkata, mangsa sebelum itu dilaporkan terjatuh ke laut ketika melakukan aktiviti perikanan kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Sejurus aduan mengenai mangsa diterima, bot peronda APMM digerakkan serta-merta ke lokasi pencarian sekitar pukul 5.35 petang dengan penglibatan pelbagai agensi lain pada hari ini.

“Jarak keseluruhan kawasan pencarian 7.35 batu nautika persegi. Mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 1.58 petang di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh dan diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |