Mara lebih tegas buru penghutang culas

16 hours ago 4
Asyraf Wajdi
  • Oleh KOSMO!
  • 18 November 2025, 4:38 pm

PETALING JAYA- Peminjam tegar culas yang enggan melunaskan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal berdepan tindakan lebih tegas selepas agensi itu berikrar tidak lagi berkompromi dengan golongan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, alasan lapuk seperti “Mara tak bantu Bumiputera” tidak lagi boleh diterima.

Ini kerana kata beliau, sikap segelintir peminjam yang enggan membayar balik hanya menafikan hak lebih ramai Melayu dan Bumiputera lain yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Kita nak tolong lebih ramai Bumiputera. Sebab itulah Mara kena lebih tegas terhadap mereka yang culas,” katanya dalam posting terbaharu di media sosial.

Menurut beliau, bayaran balik pinjaman amat penting bagi memastikan dana pusingan Mara kekal kukuh, sekali gus memastikan ribuan pelajar dan usahawan baharu terus menerima manfaat.- KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |