PEKAN – Program Mara Lasak Pahang 2.0 – Chini yang kali kedua diadakan di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 1,050 peserta berbanding kira-kira 540 peserta yang direkodkan tahun sebelum ini.
Program yang diadakan di Felda Chini kali ini disertai 105 pasukan melibatkan empat kategori iaitu kategori VIP, kategori uniform, kategori agensi, jabatan dan badan bukan kerajaan (GLC) serta kategori institusi pengajian tinggi (IPT), belia dan komuniti.
Kategori agensi, jabatan dan GLC merekodkan penyertaan tertinggi seramai 49 pasukan diikuti kategori uniform sebanyak 23 pasukan, IPT, belia dan komuniti (21 pasukan) dan kategori VIP seramai 12 pasukan.
Turut menyertai program ini adalah pasukan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah seramai 20 orang.
Melalui cabaran kali ini peserta setiap pasukan yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita perlu melalui cabaran berlari melalui laluan hutan, ladang, paya dan jalan berbukit sepanjang 15 kilometer dengan membawa muatan seberat lima kilogram.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan & Badan- Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, program kali kedua ini mendapat sambutan menggalakkan apabila meningkat dua kali ganda berbanding pada tahun lalu.
Katanya, pada kali ini seramai 105 pasukan menyertai cabaran di Chini ini berbanding seramai 54 pasukan pada penganjuran pertama di Dong, Raub.
“Program ini dibawa khusus kerajaan negeri pertama bagi memupuk hidup sihat, kedua kerjasama berpasukan dan ketiga menunjukkan keindahan yang terdapat di bumi Pahang ini,”katanya di sini hari ini.
“Kita sedari ada yang sudah berlatih tiga dan empat bulan, namun itu bukan jawapan kepada kemenangan hari ini, yang penting apa strategi pastikan 10 orang hadir ke garisan penamat,”katanya ketika berucap pada majlis pelepasan Mara Lasak Pahang 2.0 di Felda Chini hari ini.
Sementara itu seorang peserta dari Lipis, Fairul alimi ahmad, 39, berkata dia bersama 50 belia dari negeri ini turut menyertai program kali ini.
“Ini kali pertama saya menyertai program ini dan sememangnya kami amat bersemangat untuk menyertai program yang dapat menguji ketahanan diri semangat berkumpulan.
“Kami berharap program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
7

![[VIDEO] ‘Di kala PMX pesan jimat cermat, open house tetap on’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/jalan-sesak.jpeg)
![[VIDEO] ‘Terima kasih pinjamkan Amirul Ashraf’, bapa setia hingga ke liang lahad](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/lemas.jpeg)














































