Lima lelaki terbabit pergaduhan di Satok ditahan

1 month ago 20
  • Oleh CHERINE JON
  • 19 Mac 2025, 6:06 pm
Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai di kawasan Jalan Rubber, Satok malam tadi yang turut tular di media sosial.

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai di kawasan Jalan Rubber, Satok di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kesemua suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun itu dicekup kira-kira pukul 1.40 petang tadi.

Katanya, tangkapan dibuat susulan video pergaduhan yang berlaku malam tadi itu tular di media sosial.

“Kejadian berpunca daripada perbuatan membunyikan enjin dan ekzos kenderaan dengan kuat dan tiada kaitan dengan sebarang isu perkauman atau etnik,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |