PETALING JAYA – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan peningkatan dengan beberapa kawasan di Lembah Klang dan empat negeri lain mencatatkan tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.
Menerusi maklumat terkini di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Alor Gajah di Melaka kini mencatatkan IPU tertinggi dengan bacaan 160 diikuti Temerloh, Pahang dengan rekod IPU 156.
Sementara itu, negeri lain dengan bacaan IPU tidak sihat termasuk Banting, Selangor (155), Nilai, Negeri Sembilan, (155), Kemaman, Terengganu (153), Johan Setia (152), Cheras, Kuala Lumpur (151) dan Putrajaya (124).

Manakala, 57 kawasan lain merekodkan status kualiti udara pada tahap IPU sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.
Antaranya kawasan tersebut ialah Port Dickson, Negeri Sembilan (95), Petaling Jaya, Selangor (79), Segamat, Johor (76) dan Jerantut, Pahang (58).
Namun, sebanyak tiga negeri yang hanya berada pada tahap IPU baik ialah Kapit, Sarawak (48), Kangar, Perlis (35) dan Langkawi, Kedah (31). – KOSMO! ONLINE