MAYAT seorang lelaki warga emas yang mait dalam kemalangan di Kampung Kongsi Baru, Jalan Kuala Kampar Malim Nawar, Kampar pada pukul 1.13 petang tadi. - Foto IHSAN JBPM PERAK
- Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
- 6 Disember 2025, 6:25 pm
KAMPAR – Seorang penunggang lelaki warga emas berumur 75 tahun gagal mengawal sebuah motosikal Honda EX5 sebelum terbabas ke tebing jalan dalam kejadian di Kampung Kongsi Baru, Jalan Kuala Kampar Malim Nawar, di sini pada pukul 1.13 petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga sejak semalam.
“Lelaki ini telah disahkan maut dilokasi oleh petugas kesihatan. Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.
Kawasan kampung tersebut agak bersemak dan kurang pencahayaan lampu jalan pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE

21 hours ago
6










![[VIDEO] Sanggup berhujan bersih longkang elak tersumbat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/LONGKANG-TERSUMBAT-RIDER.jpeg)






![[VIDEO] Dua video mirip Ketua Pengarah AKPS disahkan palsu](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/Ketua-Pengarah-AKPS.jpeg)































