Anggota polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
- Oleh KOSMO!
- 8 November 2025, 10:35 am
KLANG – Seorang lelaki dipercayai cedera parah selepas ditembak dua suspek di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dengan mangsa berusia 31 tahun itu cedera di perut dan dada selepas tiga terkena das tembakan.
Difahamkan mangsa mempunyai lapan rekod jenayah selain dikehendaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kenyataan media akan dikeluarkan Ketua Polis Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

15 hours ago
8










![[VIDEO] Kucing teman penghantar makanan curi tumpuan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-hantaran-pengguna-TikTok-memaparkan-kucing-berwarja-oren-menemani-penghantar-makan-dipercayai-tuannya-mencari-rezeki..jpeg)






































