MANGSA dipercayai tergelincir di kawasan air terjun di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang, Chenderiang, Tapah sebelum didapati meninggal dunia. - Foto IHSAN JBPM PERAK
- Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
- 1 November 2025, 11:21 am
TAPAH – Seorang lelaki berumur 33 tahun meninggal dunia apabila dipercayai tergelincir di kawasan puncak air terjun Taman Eko-Rimba Lata Kinjang, Chenderiang, di sini dalam kejadian pada pukul 5.10 petang semalam.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat awal oleh rakan mangsa memaklumkan mangsa tersebut telah tergelincir ke dalam kawasan kolam air terjub tersebut sebelum tidak sedarkan diri.
“Beliau (rakan mangsa) telah cuba memberi bantuan pernafasan ataupun resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun tiada respons sebelum menghubungi talian kecemasan,” katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, setibanya di lokasi, bomba dan agensi bantuan yang lain membawa peralatan dan bergerak ke lokasi mangsa jatuh.
“Ketua operasi telah melakukan ‘size-up’ dan terpaksa mendaki trek mendaki untuk ke lokasi mangsa yang dianggarkan sejauh satu kilometer. Mangsa kemudiannya dibawa turun dengan menggunakan pengusung sebelum diperiksa petugas perubatan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dan mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
3






![[VIDEO] ‘Macam mana jari kau boleh masuk situ kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-01-at-5.04.16-PM.jpeg)









![[VIDEO] ‘Adik tak sihat, dia nampak seperti suami dok panggil dan ejek’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Marliana.jpeg)
![[VIDEO] Selepas ‘pesta kerang’, kini siput beliung serbu Pantai Permatang Pasir](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/siput-beliung.jpeg)






























