Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Mawat, Ulu Melaka di Langkawi hari ini.
- Oleh NUR AMALINA AZMAN
- 14 November 2025, 11:55 pm
LANGKAWI – Seorang lelaki dikenali sebagai Che Ros Mustapha, 53, ditemukan rentung selepas bilik sebuah rumah di Kampung Mawat, Ulu Melaka di sini terbakar hari ini.
Ketua Zon 4 (Langkawi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 6.59 petang tadi.
“Kebakaran melibatkan sebuah bilik rumah kelas A dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pukul 7.31 malam tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

3 months ago
55
![[VIDEO] ‘Saya tak pernah merasa makan mewah macam ni’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-07-at-14.51.04.jpeg)
















































