Lebih 1,000 umat Islam sertai solat jenazah Allahyarham Bung Moktar ‎

1 week ago 19
Ribuan umat Islam menyertai solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada Jumaat. -Foto: Ivan Amirul-
  • Oleh NURUL IZZATI ZAINI
  • 5 Disember 2025, 4:38 pm

KOTA KINABALU – Lebih 1,000 umat Islam menyertai solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.

‎Antara yang turut serta ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

‎Selain itu, Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd. Arifin Arif serta pemimpin politik lain, kenalan dan ahli keluarga Allahyarham.

‎Jenazah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua UMNO Sabah itu selesai disembahyangkan dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, dekat sini untuk dikebumikan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |