Kumpulan Sumitomo, Leave a Nest perkukuh inisiatif CSR

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Empat sya­rikat di bawah Kumpulan Sumitomo di Malaysia menjalin ker­jasama dengan Leave a Nest Ma­laysia bagi memperkukuh inisiatif tang­gungjawab sosial korporat (CSR) melalui pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Ma­tematik (STEM) yang memberi tumpuan terhadap agenda kelestarian alam sekitar.

Empat syarikat tersebut adalah Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad, Su­mitomo Corporation Malaysia Sdn. Bhd., SMFL Leasing (Malaysia) Sdn. Bhd. dan MSIG Insu­rance (Malaysia) Bhd.

Kerjasama strategik julung ka­li diadakan itu menggabung­kan komitmen Sumitomo de­ngan mi­si Leave a Nest bagi pem­ba­ngunan masyarakat dan penja­gaan alam sekitar, selain un­tuk memupuk generasi muda inovatif di rantau Asia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Ber­­had, Atsuhide Shiojiri berkata, usaha sama ini menekankan peripentingnya penyatuan tindakan korporat dengan inovasi yang dipacu oleh generasi muda.

“Malaysia dikenali sebagai pe­­­ngimport utama sisa plastik, yang sebahagian besarnya tidak dapat diproses dengan baik dan akhirnya mencemari sungai ki­ta.

“Ini menjadi punca utama sisa marin dan kemerosotan alam se­kitar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Merujuk kepada kajian tahun 2021, enam daripada 10 negara penyumbang terbesar sisa plastik lautan global terletak di Asia Tenggara, yang mana Filipina berada di tangga pertama dan Malaysia di kedudukan ketiga.

Beliau turut mengakui bahawa Jepun sebagai antara pe­ngeksport utama sisa plastik ke Malaysia, turut berkongsi tang­gung­jawab terhadap masalah pen­cemaran tersebut.

Situasi ini, katanya, menuntut tindakan kolektif dan inovasi berterusan antara kerajaan, sektor korporat dan masyarakat bagi mencari penyelesaian les­tari yang mampu melindungi alam sekitar untuk jangka panjang. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |