PETALING JAYA – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) hari ini meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan menampilkan identiti korporat baharu dalam usaha memperkukuh pembangunan Johor serta pengaruhnya di seluruh negara.
Majlis berprestij itu disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim diringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Ketua Pegwai Eksekutif KPRJ, Datuk Lukman Abu Bakar.
Kehadiran Tunku Ismail dan para tetamu kehormat mencerminkan sokongan padu terhadap KPRJ sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negeri.
Sambutan dimulakan dengan tayangan montaj khas yang mengimbau perjalanan syarikat itu selama tiga dekad merangkumi kemajuan, pembangunan dan sumbangan KPRJ kepada rakyat Johor.
Perjalanan tiga dekad KPRJ turut diabadikan menerusi pelancaran ‘Coffee Table Book’ yang mendokumentasikan sejarah penubuhan KPRJ sejak 1995 merangkumi pencapaian dan hala tuju KPRJ.
Lukman mempersembahkan replika bangunan ibu pejabat baharu KPRJ kepada Tunku Ismail pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 KPRJ hari ini.Penerbitan eksklusif ini selari dengan tema ulang tahun, “3 Dekad Membina Legasi, Mencorakkan Masa Hadapan”, sekali gus menjadi rujukan bernilai tinggi untuk generasi akan datangdalam memahami sumbangan dan aspirasi KPRJ terhadap pembangunan negeri Johor.
Kemuncak acara memaparkan montaj pelancaran logo baharu, menerusi lakaran Tunku Ismail memotret logo baharu KPRJ, simbolik bagi menandakan bermulanya era penjenamaan semula serta identiti
korporat baharu KPRJ.
Pelancaran logo dan identiti baharu itu bukan sekadar transformasi visual, malah penegasan semula terhadap matlamat dan arah tuju KPRJ.
Direka berasaskan semangat kemajuan, perpaduan dan ketahanan, identiti baharu ini mencerminkan kesediaan KPRJ memperkukuh kedudukannya di Johor serta memperluas kerjasama ke seluruh negara.
Dalam pada itu, Lukman berkata, penjenamaan semula itu bukan sekadar perubahan logo tetapi menandakan transformasi menyeluruh dan memperkenalkan penjenamaan yang lebih jelas.
Selain itu katanya, ia juga menyatukan anak-anak syarikat serta pelaburan di bawah satu identiti yang kukuh.
Tunku Ismail menyaksikan peluncuran logo KPRJ yang baharu, sebuah rekaan yang diilhamkan oleh baginda dan menandakan pengenalan rasmi identiti baharu organisasi tersebut.“Sejak ditubuhkan pada 1995, KPRJ dipertanggungjawabkan dengan pelbagai projek pembangunan yang membentuk landskap ekonomi dan sosial Johor.
“Dari infrastruktur strategik hingga pembangunan hartanah dan pelaburan, KPRJ terusmemperluas portfolionya ke sektor-sektor berimpak tinggi.
“Terbaharu, KPRJ turut meneroka sektor alam sekitar selari aspirasi kelestarian dan agenda hijau global,”jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, komitmen selama 30 tahun ini memastikan setiap usaha KPRJ membawa nilai jangka panjang kepada rakyat Johor.
“Sambutan Ulang Tahun ke-30 ini bukan sekadar menyingkap pencapaian lalu, sebaliknya deklarasi keyakinan terhadap masa hadapan yang dipacu inovasi, kelestarian dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada Johor,”katanya.-KOSMO! ONLINE

1 week ago
17

















































