Kerjasama UiTM, UPM dan NSM teruskan komitmen Herbalife terhadap pemakanan, kesejahteraan

5 hours ago 3

PETALING JAYA – Syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, Herbalife telah membawa impak positif kepada lebih 5,000 pelajar, atlet, dan profesional kesihatan masa depan sepanjang lima tahun lalu, menerusi kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), serta Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).

Sejak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM pada 2021, Herbalife telah menggalakkan pemakanan sihat dan kehidupan seimbang melalui sesi perkongsian ilmu serta kerjasama dengan badan sukan penting seperti Institut Sukan Negara, Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM), dan Persatuan Sains Senaman dan Sukan Malaysia.

Pada tahun 2022, Herbalife meluaskan usahanya dengan menyediakan pendidikan pemakanan sukan bersasar kepada pasukan bola sepak profesional dan atlet pelajar UiTM.

Momentum itu diteruskan pada 2023 dengan Siri Bengkel Sains Bola Sepak MASM, yang melibatkan lebih 100 pelajar, atlet dan jurulatih dalam sesi yang diketuai oleh ahli Lembaga Penasihat Kecergasan Herbalife dan Ketua Kekuatan dan Kecergasan LA Galaxy, Adam Waterson.

Pada tahun yang sama, Herbalife melancarkan Program Keusahawanan pertamanya dengan UiTM, melengkapkan 80 pelajar dengan pengetahuan perniagaan dan kepakaran pemakanan.

Pada 2024, Herbalife melanjutkan perkongsian sains sukan menerusi kerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, manakala perkongsian dengan NSM dijalin sejak 2020 yang menyaksikan Herbalife telah bergabung tenaga dengan pakar-pakar pemakanan NSM untuk menerbitkan pelbagai artikel penyelidikan.

Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, pihaknya sukacita kerana telah membentuk pakatan berharga berlandaskan wawasan bersama untuk membina negara yang lebih sihat.

“Menerusi kerjasama ini, kami telah berjaya mendidik, memberi inspirasi dan mendorong perubahan positif dalam kesihatan serta kesejahteraan.

“Meninjau ke hadapan bagi tahun 2025 dan seterusnya, kami tetap komited untuk menerajui inisiatif untuk memperkasakan individu dengan ilmu pemakanan berlandaskan sains,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |